Saturday, September 13, 2014

HELEN ANG : CARA BRUNEI AJAR BANGSA LAIN ERTI SYUKUR.

Negara jiran kita Brunei tidak menerima sebahagian penduduknya yang berketurunan Cina sebagai warga. Orang Cina ini hanya diberikan taraf pemastautin tetap (PR)

Sungguhpun golongan orang Cina ini sudah generasi kedua atau ketiga lahir di Brunei, mereka masih lagi PR sahaja (bermakna tidak memegang paspot Brunei).

Brunei agak luarbiasa. Ia mempunyai sistem pemerintahan beraja di mana Sultan Brunei adalah Muslim dan Brunei ialah sebuah negara Islam yang agama rasminya Islam. Akan tetapi taburan penduduk Muslimnya sekadar 51.9 peratus sahaja, mengikut anggaran oleh Pew Research Center pada tahun 2008.

Hampir separuh (kira-kira 48 peratus) daripada penduduk di Brunei bukan Muslim kerana mereka kaum minoriti yang berstatus ‘stateless people’.

Kebanyakan penduduk bukan warga di Brunei adalah etnik Cina yang tidak mempunyai hak-hak penuh dan faedah yang dinikmati seorang warga biasa. – laporan tahun 2012 oleh badan hak asasiFreedom House 

Penduduk bukan warga (stateless people) tidak dibenarkan untuk memiliki tanah di Brunei. Mereka tidak mendapat rawatan kesihatan yang dibiayai penuh oleh kesultanan kaya-raya itu. Mereka tidak layak mendapat pendidikan percuma tahap pengajian tinggi. – laporan amalan hak asasi oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat (24 Mei 2012).

Brunei adalah sebuah negara kecil yang jumlah penduduknya pun kecil, iaitu 390,000 orang: Melayu (67%), Cina (15%), pribumi (6%) and Lain-lain (12%).

Jumlah stateless people 21,000 orang (5.4%) dan seperti yang disebut tadi, kebanyakan mereka Cina. Kewarganegaraan tidak diberikan secara automatik.

Sesiapa yang ingin memohon untuk menjadi warga Brunei dikehendaki lulus ujian yang mana calon tersebut wajib menunjukkan bahawa dia memahami budaya dan bahasa Melayu.

Jus sanguinis

Kewarganegaraan Brunei ditentukan melalui prinsip jus sanguinis (mengikut kerakyatan ibubapa). Istilah tersebut adalah bahasa Latin dan bermaksud “right of blood” atau hak keturunan.

Talian ‘darah’ amat mustahak bagi banyak negara bangsa.

In Brunei, seorang menjadi warga mengikut operasi undang-undang sekiranya dia Melayu — merangkumi Belait, Bisaya, Dusun, Kedayan, Murut dan Melayu Tutong (sumber sini).

Pada lumrahnya, manusia mementingkan etnik.

Ambil contoh United Kingdom yang terdiri daripada Ireland Utara, Scotland, England dan Wales.

Orang British menggelar diri mereka orang Irish, orang Scot, orang English dan orang Welsh, lebih kurang macam orang Malaysia menggelar diri kita Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Kita di Malaysia berlainan agama dan berbeza warna kulit.

Orang asal Irish, Scot, English dan Welsh sama agama (Kristian) dan sama warna kulit (putih). Namun mereka masih lagi nekad untuk membeza-bezakan diri mereka.

Seorang Irish, misalan kata, enggan dikenali sebagai orang English.

Dua tahun kelak, Scotland akan mengadakan referendum untuk menentukan sama ada orang Scot mahu keluar daripada UK dan seterusnya negeri tersebut menjadi sebuah republik berdikari.

Perkembangan ini membayangkan betapa kuatnya jatidiri orang Scot, yang lebih Scot daripada British. Untuk sekian lama, gerila IRA telah berperang saudara berhasrat akan pemisahan Ireland Utara daripada Great Britain – pulau besar terdiri England, Scotland dan Wales – supaya boleh bergabung semula dengan Ireland kerana jati diri mereka ialah sebagai orang Irish.

Di serata dunia, pengenalan diri mengikut etnik adalah begitu mendalam. Contohnya orang Kurd mahu menubuhkan sebuah negara Kurdistan khusus untuk etnik mereka. Jadi kepada Cina Malaysia ataupun DAP khususnya, jangan 'macekeyo' kononnya memfitnah MALAYSIA ni tak adil dalam urusan kaum. Tanya kepada NEGARA ASAL KETURUNAN kamu sendiri, adakah mereka cukup adil dengan kaum-kaum minoriti di negara kaum asal kamu?


.....
http://helenang.wordpress.com/

Friday, September 12, 2014

PASMA TERUK DIBALUN PAS !!!! HANCOR HANCOR


http://azlantaib.blogspot.com/2014/09/mujahid-phahrolrazi-malu-besar-veteran.html

PENGKALAN KUBOR DAN MUKTAMAR PAS DI JOHOR MEDAN 2 KUMPULAN PAS TIKAM MENIKAM ???


muktamar pas minggu depan akan berlangsung di johor.
prk pengkalan kubor akan berlangsung selepas itu.

2 perkara ini bakal dijadikan medan untuk ganyang mahupun sabotaj 2 kumpulan pas yang semakin teruk berpecah.

satu kumpulan pas berotakkan filosopi ketum.
satu lagi dulunya pro ketum, kini anti ketum.

muktamar pas bakal memperlihatkan kumpulan mana yang akan dominan untuk ganyang puak lagi satu.

manakala prk pengkalan kubor, jika pas kalah maka ianya akan menjadi bahan momokan kumpulan ketum untuk mempengaruhi dan memperlihatkan kepada ahli pas, tindakan hj hadi dan kumpulannya adalah salah.

360 darjah, pusing ikut mana pun pas tetap akan hancur.

kalau aku kata majoriti ahli pas ni kurang cerdik boleh tak ?

apasallah ANWAR PUNYA TAIK, KORANG PULAK YANG BERPECAH ???




Thursday, September 11, 2014

PAS TERUS BERGOLAK : HUSAM DIGESA LETAK JAWATAN OLEH KUMPULAN PAS !



Pergolakan dalam PAS berkaitan krisis jawatan menteri besar Selangor berterusan apabila seorang ketua Pemuda PAS hari ini membidas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang didakwanya tidak sehaluan dengan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Ketua Pemuda PAS Sekijang, Shazni Munir Ithnin  mendakwa bahawa umummengetahui bahawa Husam dan rakan-rakannya dalam Jawatankuasa Pusat PAS tidak bersetuju dengan keputusan Hadi untuk meletakkan lebih daripada satu nama sebagai calon menteri besar Selangor 

Oleh itu, beliau menggesa Husam agar tidak berkias-kias dalam membangkang keputusan presiden PAS itu. 

"Husam perlu menyatakan protes terhadap keputusan tersebut secara terbuka," kata Shazni yang juga eksekutif komunikas menteri besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini. 

"Ahli-ahli sudah sedia maklum pendirian presiden, dan tidak kurang yang menyokong," katanya sambil mendakwa hanya Husam dan rakan-rakannya masih berlapik-lapik kononnya ingin menjaga survival politik. 

Menurut Shazni, budaya demikian tidak sihat kerana ia ibarat "anai-anai yang makan senyap-senyap". 

Katanya, jika Husam merasakan presiden sudah tidak layak memimpin parti, maka beliau seharusnya mengusulkan undi tidak percaya terhadap presiden parti. 

Tetapi jika Husam merasakan sokongannya tidak cukup, tegas Shazni LAGI, maka Husam dan rakan-rakannya perlu meletakkan jawatan sebagai isyarat menegakkan pendirian mereka yang dirasakan betul. 

Menurutnya, jika Husam masih tetap tidak bersetuju, beliau hanya ada dua pilihan - melakukan usul undi tidak percaya atau meletak jawatan. 

"Jika kedua-dua ini pun Husam dan rakan-rakan tidak lakukan, sebaliknya terus bersikap seperti anai-anai yang ‘makan senyap-senyap’, lebih baik beliau bersetuju sahaja dengan presiden parti," tegasnya lagi.

HUKUMAN AKTA HASUTAN GANTUNG SAMPAI MATI ? KORANG SETUJU TAK ?GAP OK.

Aktivis pro-Akta Hasutan, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata undang-undang tersebut sepatutnya diperketatkan lagi dengan memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Beliau yang kini mengusahakan satu NGO baru dengan nama Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan berkata beliau akan menjalankan kempen untuk mendapatkan sokongan agar akta tersebut dikekalkan.

"Akta hasutan telah menangkap dan memenjarakan mereka yang jahat mulut yang hasut rakyat sejak tahun 1948.

"Akta ini baik, kenapa nak hapus pula? Sepatutnya dikekalkan dan diketatkan lagi. Patut diletakkan hukuman gantung sampai mati kalau hasut lebih daripada tiga kali," katanya.

Peguam itu berkata, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan akan melancarkan kempen tersebut esok.

Hasil daripada petisyen itu akan dijadikan satu memorandum yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong serta perdana menteri.

"Kita akan buat kempen ini secara fizikal dan maya. Kita akan buat jelajah bagi memberi penerangan tentang akta ini dan kumpul tanda tangan.

"Selepas itu kita akan serahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Tempoh masa kita ialah sehingga Parlimen bersidang. Masa itu kita akan serah (memorandum)," katanya lagi.

JIJAH DAN KETUM ANGKAT SUMPAH JADI MB JUMAAT INI..??!


SIARAN MEDIA SUARA KETUM

mohon berkumpul bawah pokok tepi pintu masuk utama bangunan SUK selangor.

insyaallah jijah akan angkat sumpah bawah pokok keramat tu.

mohon sebarkan...

sekretariat jijah 4 mb

 #jijah angkat sumpah dengan ketum.
#jumaat angkat sumpah
#jijah tak kempunan telur tembakul
#do yang mati dulu..bukan minah yang mati dulu


ADUN PEMBELOT PAS PANAS MUNTUT KENA PERLI DENGAN ANOK TOK GURU WEI !


BERIKUT KATA NIK ABDUH..Siapa Pengkhianat?
Presiden PAS dituduh khianati PR kerana namakan calon MB daripada PAS.
Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerja sama;
1) 2 pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.
2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.
Sebagaimana 2 ADUN itu memutuskan wala’ dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.
Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh presiden PAS apabila;
1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri. Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.
2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri. Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya.
Apa pilihan yang harus dilakukan presiden? Ada 2 pilihan;
1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti PAS ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan Tahaluf Siyasi.
2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.
Presiden telah memilih pilihan kedua.
Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila PAS melalui mesyuarat 17/8/14, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan 2 nama calon MB baru, termasuk WAWI (yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU).
Lihat, alangkah berjiwa besarnya presiden. Beliau mampu mempengaruhi MSU agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.
Malang tak berbau!
Keputusan ‘emas’ itu hanya mampu bertahan 5 jam!
Petangnya, tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu WAWI. Alasan penarikan diri Azmin Ali adalah menarik dan diterima.
Di sinilah bermula PAS dilabel sebagai parti U-Turn oleh BN.
Presiden kini berhadapan 2 kemelut yang tiba-tiba;
1) Kegagalan wakil PAS ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat PAS. Menghantar hanya satu nama ke istana bukan sama sekali RUH keputusan mesyuarat PAS yang telah menetapkan 2 nama.
Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan yang lemah dalam mesyuarat PR.
2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan WAWI. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.
Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi PAS yang diterima masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa diwujudkan.
Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang sekadar 5 jam?
Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu, bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada kekuatan suara putus daripada ketua MSU. Mursyidul Am telah memberi sokongan padu.
Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu SD timbul.
13 ADUN PAS diasak oleh PKR agar menanda tangani SD menyokong WAWI sebagai Menteri Besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar PAS.
Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!
Mesyuarat PAS pada 25/8/14 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan. PAS memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.
Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.
Daripada pelabelan awal oleh BN, rakan PR mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn!
PAS mula dipermainkan rakan-rakannya sendiri.
Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti menghantar lebih 2 nama, PR terus gagal untuk bersatu.
Malah, kemelut dipanaskan dengan isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya. Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja dibiarkan.
Sekarang, mari kita lihat;
1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS? Tidak bukan?
2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?
3) Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 ADUN itu? Tidak bukan?
4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?
5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?
Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya?
Mari melihat kesimpulan saya..
Hari ini, anda melihat apa yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa PAS atau presiden PAS telah sampai ke tahap toleransi tertinggi.
Selepasnya, jika tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan presiden PAS akan mula bertindak..
Saksikan..
Presiden putuskan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding.. no more
Presiden putuskan untuk menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri.. juga, no more
Akhir daripada saya, jika semalam anda melihat intimnya hubungan beberapa pemimpin PAS dengan rakan PKR dan DAP untuk mematikan langkah presiden sendiri, hari ini pula anda sedang melihat para ulama dan pencinta kepimpinan ulama sedang bersahutan dan bertautan menyokong tindakan baru presiden PAS.
Dan anda telah pun tahu apa sikap saya dan di mana saya. Saya enggan mengelirukan..
Selamat bertarung di ‘KuborMove’.. Jumpa di sana.